Sunday, September 6, 2009

Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-quran yang ada pada kita pada zaman sekarang ini.Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat,17 Ramadhan tahun ke 41 daripada keputeraan nabi Muhammad SAW.Perkataan "Nuzul"bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.Bila di sebut bahawa al-quran adalah mukjizat terbesar Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutamanya
yang serius memikirkan makna al-quran.

Al-quran bererti bacaan atau himpunan.Didalamnya tehimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid,ibadat,jinayat,muammalat,sains,teknologi dan sebagainya.Kalimah al-Quran sering di cantumkan dengan rangkai kata "al-quran mukjizat akhir zaman "atau "al-quran mempunyai mukjizat".Malah inilah sebenarnya kelebihan al-quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-quran.Dengan lain perkataan semuanya terdapat di dalam al-quran.
Firman Allah SWT:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi,dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan dua sayapnya,melainkan mereka umat-umat seperti kamu.Tiada kami tinggalkan sesuatu pun didalam kitab al-quran ini,kemudian mereka semuanya akan di himpunkan kepada Tuhan mereka(untuk di hisab dan menerima balasan)(Al-An'am,38)

Al-quran adalah hidayah,rahmat,sifa',nur,furqan dan pemberi pembalasan kepada manusia.Segala isi kandungan al-quran itu benar.Al-quran itu juga di kenali sebagai al-nur bererti cahaya yang menerangi,al-furqan bereti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-zikir pula bererti yang yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-quran yang mula-mula di turunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq.maksudnya:

Bacalah wahai(Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku,bacalah,dan Tuhanmu yang maha pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan ,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak di ketahuinya.(Al-alaq,1-5)

No comments:

Post a Comment