Wanita Solehah itu aurat di jaga,
Pergaulan di pagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaan,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali...
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa,yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita itu cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita itu hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilainya
Wahai wanita jangan di bangga dengan kecantikan luaran,
Kerana suatu hari nanti ianya akan lupuk di telan zaman,
Tetapi jagalah dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat rahmat Illahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula kau berduka cita di atas kekurangan mu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah,jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah di atas apa yang ada,
Serta beusaha demi keluarga,bangsa dan agama....... (";)
No comments:
Post a Comment