Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padamu ya Allah,jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati insan yang hatinya tertaut kepadamu,agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta semua...Ya Rabbi, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatimu.Ya Rabbul izzat,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan mu...Ya Allah,jika aku rindu,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan Syurgamu.Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasihmu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnyabermunajat di sepertiga malam terakhirmu...Ya Allah,jika aku jatuh hati kepada kekasihmu,jangan biarkan aku tertatih dan tejatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu.Ya Allah,jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu!!!
Ya Allah,sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku,buat agamaku dan penghidupanku..Jika DIA yang kau takdirkan untukku,dekatkan lah aku kepadaNYA,namun jika bukan DIA yang engkau takdirkan untukku,jadikanlah aku redha dengan ketentuanMU...dan kurniakan lah aku jodoh yang lebih baik dari dirinya...amin ya rabbalalamin
Woman was made from the rib of man,she was not created from his head to top him,nor from his feet to be stepped upon,she was made from his side to be close to him,from beneath his arm to be protected by him,near his heart to be loved by him...♥
Saturday, September 12, 2009
Wednesday, September 9, 2009
kasih sayang
USAH GELISAH APABILA DI BENCI MANUSIA,
KERANA MASIH BANYAK YANG MENYAYANGIMU DIDUNIA INI,
TETAPI GELISAHLAH APABILA DI BENCI ALLAH KERANA TIADA SIAPA LAGI YANG MENGASIHIMU DI AKHIRAT KELAK....Renung2kan

Sunday, September 6, 2009
Nuzul Quran
Peristiwa Nuzul Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-quran yang ada pada kita pada zaman sekarang ini.Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat,17 Ramadhan tahun ke 41 daripada keputeraan nabi Muhammad SAW.Perkataan "Nuzul"bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.Bila di sebut bahawa al-quran adalah mukjizat terbesar Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutamanya
yang serius memikirkan makna al-quran.
Al-quran bererti bacaan atau himpunan.Didalamnya tehimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid,ibadat,jinayat,muammalat,sains,teknologi dan sebagainya.Kalimah al-Quran sering di cantumkan dengan rangkai kata "al-quran mukjizat akhir zaman "atau "al-quran mempunyai mukjizat".Malah inilah sebenarnya kelebihan al-quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-quran.Dengan lain perkataan semuanya terdapat di dalam al-quran.
Firman Allah SWT:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi,dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan dua sayapnya,melainkan mereka umat-umat seperti kamu.Tiada kami tinggalkan sesuatu pun didalam kitab al-quran ini,kemudian mereka semuanya akan di himpunkan kepada Tuhan mereka(untuk di hisab dan menerima balasan)(Al-An'am,38)
Al-quran adalah hidayah,rahmat,sifa',nur,furqan dan pemberi pembalasan kepada manusia.Segala isi kandungan al-quran itu benar.Al-quran itu juga di kenali sebagai al-nur bererti cahaya yang menerangi,al-furqan bereti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-zikir pula bererti yang yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-quran yang mula-mula di turunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq.maksudnya:
Bacalah wahai(Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku,bacalah,dan Tuhanmu yang maha pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan ,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak di ketahuinya.(Al-alaq,1-5)

BUAT WANITA SOLEHAH(AMAR)
Tangisan sanubari telah terhenti,
kala suram suria memancar sinarnya,
Pertemuan seindah bayangan firdausi,
menjadi zikir kasih yang suci..
Lukisan dua jiwa menjadi satu,
Terkenang detik bertemunya kau dan aku,
santun berhikmah meingingatkan diri,
hidup dan mati hanya untuk Illahi..
Menggenggam janji cinta ini,
bertemu kasih tanpa jasad,
bicara tanpa suara,
hanya tulisan bahasa indah,
mengeratkan antara kita,hinggalah keakhirnya
Kau ku sanjung kerna pengorbanan,
bagai puteri di kayangan,
tika ku lesu hadapi hidup,
kau hembus nafas semangat,
penawar hati......
hadapi hidup,kau hembus nafas semangat...
Friday, September 4, 2009
Betapa beruntungnya dirimu,wahai burung-burung..
Kamu boleh menyusuri aliran air sungai dengan tenang,
hinggap di celah-celah ranting pepohonan,
makan dari buah-buahan yang beraneka macam...
tidak pernah diliputi kekhuatiran akan datangnya bahaya,
dan tidak pernah melintas diatas kobaran api yang membara....
kamu jauh lebih berbahagia dari MANUSIA!!!!!

Thursday, September 3, 2009
MADAH BUAT WANITA SOLEHAH
Wanita Solehah itu aurat di jaga,
Pergaulan di pagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaan,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali...
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa,yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita itu cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita itu hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilainya
Wahai wanita jangan di bangga dengan kecantikan luaran,
Kerana suatu hari nanti ianya akan lupuk di telan zaman,
Tetapi jagalah dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat rahmat Illahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula kau berduka cita di atas kekurangan mu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah,jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah di atas apa yang ada,
Serta beusaha demi keluarga,bangsa dan agama....... (";)

Subscribe to:
Posts (Atom)