Monday, November 15, 2010

CINTA TAK PERLU DI UNGKAP

Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta.

Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.

Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreeniaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan

Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan.

Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.

Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu.

Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa.

Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia.

Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta.

Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.

Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.

Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.

Cinta diungkap, hati gelisah.

"Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.

"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.

"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita.

Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita.

Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.

"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.

"Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu oklagi.

Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan saya..." beliau bercerita.

Orang menaruh hati memendam rasa, datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!

"Apa yang dia cakapkan?" tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.

"Dia cakap dia sukakan saya. Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali, Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.

Penantian satu penyeksaan.

Keluar daripada kes sebentar, ini terutama untuk muslimat.

Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir.

Jika YA, katakan dengan cepat.

Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.

Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.

"Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih bunyinya.

"Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.

"Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.

"Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.

"Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.

"Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia menyoal balas.

"Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"

Perasaan wanita, lelaki harus hormati.

Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.

Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.

Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.

Mengantuk disorongkan bantal.

Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana.

Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.

Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.

Anda mahu pergi jauh, pergilah.

Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.

Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka? Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.

Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah.

Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.

Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!

Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.

Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?

Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.

Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.

Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.

Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".

Lawan jangan layan jangan.

"Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana nak buang ni?" tanya beliau.

Buang jangan, manage perlu. Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan melupakannya.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".

Ustaz Hasrizal

Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT.

Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.

Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.

Jika Malaysia boleh, anda juga pasti boleh kerana anda rakyat 1 Malaysia!




WAHAI HAWA....




Tahukah anda ?
Tempat pertama mata lelaki singgah bila melihat perempuan adalah pada dadanya. Inilah kenyataannya setelah dibuat kaji selidik terhadap para lelaki. Lalu, perempuan dengan bangga menayangkan dadanya, kalau pakai tudung pun dada tidak ditutup dengan sempurna oleh tudung tersebut. Jadi jangan salahkan lelaki jika anda disentuh oleh mereka kerana andalah yang menjadi pemangkinnya.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

[Surah An-Nur ayat 31]


Kenapa ?
  1. Kenapa saya pakai tudung ? 
  2. Untuk apa saya pakai tudung ?
  3. Bila saya biasa pakai tudung ?
  4. Bila sepatutnya saya pakai tudung ?
  5. Tudung yang macam mana yang Islam sarankan ?
Adakah neraka itu belum cukup menginsafkan ?
Adakah neraka itu belum cukup menginsafkan untuk kita mentaati hukum Allah ? Siapkah kita masuk ke neraka jika hari ini api dunia pun tak tertahan rasanya ? Hidayah belum tentu datang, jika kita tidak berusaha untuk mencarinya. Sesungguhnya sesal kemudian, tidak berguna sahabatku.
Wahai putra-putra Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia (telah menipu orang tuamu Adam dan Hawa) sehingga ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari syurga. Ia menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat mereka berdua (QS Al-A'raf [7]:27).

HARI INI HARI PERNIKAHAN KU..

assalamualaikum wbt..



Hari ini adalah hari pernikahanku
Aku harus bangun lebih awal
Melaksanakan solat & berterimakasih kepada Allah
Atas semua nikmat yang telah Dia berikan kepadaku
untuk hari yang bahagia ini

Hari ini adalah hari pernikahanku
Aku harus membuka jendela kamarku
Hingga bisa kurasakan udara segar di wajahku
Aku ingin melihat matahari terbit
Aku ingin mendengar nyanyian burung-burung

Hari ini adalah hari pernikahanku
Aku ingin melihat kamarku dalam nuansa biru
Alas tempat tidur biru dan karpet biru
Aku ingin mencium wangian bunga-bunga
Aku ingin menghiasi tempat tidurku dengan daunan melati

Hari ini adalah hari pernikahanku
Aku ingin memakai sepersalinan pengantin yang sederhana
Tetapi itu akan menjadi persalinan putih yang tercantik
Aku ingin walimah yang sederhana
Tetapi semua orang yang datang akan berdoa dengan tulus

Hari ini adalah hari pernikahanku
Aku ingin melihat senyum diwajah setiap orang
Dan tidak ada satu orang pun yang merasa tersakiti hari ini
Jika ada air mata terlihat
Itu hanyalah air mata kebahagiaan

Hari ini adalah hari pernikahanku
Aku ingin duduk disamping suamiku
Menggenggam jemarinya dalam jemariku lalu akan kubisikkan kepadanya
Selamat datang dalam hidupku…
CINTA

Lalu terbangun aku dari mimpi ..Semuanya masih terlihat sama
Hari ini bukanlah hari pernikahanku.....Tetapi….



Ya Illahi Rabbi,
Itu tidak apa-apa…
Jika hari ini bukanlah hari pernikahanku
Kerana aku yakin dan percaya
Engkau tidak ingin aku menyakiti lelaki lain

Ya Illahi Rabbi,
Tidak masalah bagiku…
Jika hari ini bukanlah hari pernikahanku
Kerana aku yakin dan percaya
Engkau mencintaiku lebih dari pada dia mencintaiku

Ya Illahi Rabbi,
Aku baik-baik saja…
Jika hari ini bukanlah hari pernikahanku
Kerana aku yakin dan percaya
Engkau telah mengatur pernikahanku suatu hari nanti

Ya Illahi Rabbi,
Aku tidak keberatan…
Jika hari ini bukanlah hari pernikahanku
Kerana aku yakin dan percaya
Engkau telah menyiapkan seseorang yang terbaik untukku

Ya Illahi Rabbi,
Jika hari ini bukanlah hari pernikahanku
Maka aku mohon kepada-Mu
Berikan aku hari yang terbaik
Bersama seorang lelaki yang terbaik
Di tempat yang terbaik
Ameen ya rabb...

" Sesungguhnya Allah telah menjadikan kampung akhirat sebagai tempat pembalasan hamba-hamba-Nya yang Mu’min, sebab kampung dunia ini tidak mampu menampung apa yang hendak diberikan-Nya kepada mereka. Juga karena Allah ingin memuliakan kedudukan mereka dengan tidak memberi balasan di negeri yang tidak kekal.”(Ibnu Athaillah As Sakandari, dalam Al Hikam)


nota kecil : kepada Mujahidku, aku hanya mampu berpesan padamu,..JAGA IMAN, JAGA IBADAH,.andai jodoh ada,...sujud syukur ku panjatkan padaMU...serahkan semuanya pada ALLAH....andai tiada jodoh di antara,..percayalah bidadari SYURGA menantimu di sana...serahkan semuanya pada ALLAH.....seorang engkau yang akan menjadi suami yg soleh...seorang engkau yang akan menjadi imam disetiap solat2 ku..seorang engkau yang mampu membimbing aku untuk kesyurga ilahi..seorang engkau yang lbh cintakn jalan dakwah mu lbh dr segalanya.....MySpace

DIA PILIHAN KU...

Aku sedang menanti dia..
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah Ad-din ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadinya ialah ALLAHURABBI
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha
Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku padanya
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana dia pilihanku..

Wednesday, November 3, 2010

TEMAN KU...

Apa maksudnya sahabat?
apakah hanya saat senang dan bahagia saja sering bersama atau saat genting atau pahit dia bersama kita?Sahabat adalah insan yang pabila kita senang mau pun sukar ada tuk temani kita,saat kita bermuram durja dia mampu kembalikan keceriaan pada wajah kita..
Tapi tahukah kalian apakah jenis-jenis sahabat??sahabat adalah apabila kamu bersamanya maka kamu akan teringat mati,apabila kamu bergaul dengannya maka bertambahlah ilmu kamu..sahabat bukan hanya tika di dunia,tapi ia akan terus kekal ke akhirat andainya kau membawanya jalan ke menuju redha illahi..:)


Aku ingin ceritakan pada dunia bahawa aku punya kamu duhai teman,ingin aku beritahu,ingin aku khabarkan bahawa kau temanku sampai aku menutup mata,
Andaikata aku pergi dulu sebelum mu,
Andaikata maut memisahkan kita,
tapi hubungan ini takkan mungkin terputus selama-nya..

Kau tahu mengapa???
kerna dulu kita pernah berjanji,bahawa kita bersahabat kerana Allah,
kita bersama memegang tali ukhwah,kau dan aku adalah satu..
Tanya orang padaku,betapa pentingnyakah kamu pad aku??aku tersenyum lalu berkata,kau adalah aku dan aku adalah engkau..andaikata kamu terluka aku turut merasakan derita..persahabatan itu terbina atas ranting kejujuran,bertunjangkan keikhlasan ,lalu ianya akan membuahkan manisnya ikatan,
namun...
jika ianya terpesong,maka patahlah ranting,reputlah akarnya lalu rosaklah buah..


p/s:
TEMAN SEJATI BUKANLAH YG DEKAT DI MATA,

YG DEKAT BICARANYA,

TETAPI YG SETIA DIHATI&DIINGATI DLM SETIAP BISIKAN DOANYA......

MUZAKARAH 6 PERKARA

Apa yang patut dibuat dan apakah perkara yang patut kita dapat agar keseluruhan agama yang sempurna dan berkualiti dapat dihayati? Agar keseluruhan agama dapat dihayati kita perlu mendapatkan enam perkara di dalam diri kita. Apabila kita mendapat enam perkara maka mudahlah untuk kita mengamalkan keseluruhan agama dengan sempurna.

Enam perkara adalah perkara yang perlu ada di dalam diri kita. Kita perlu menghayatinya. Sebelum kita dapat menghayatinya kita perlu mempunyai keinginan untuk mendapatkannya. Setelah kita mempunyai keinginan untuk mendapatkannya, barulah kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Setelah berusaha dengan cara yang betul barulah Allah SWT akan mengurniakan enam perkara itu kepada kita. Setelah mendapatkan enam perkara itu barulah mudah untuk kita mengamalkan keseluruhan agama.

Kita tidak akan berusaha untuk mendapatkan enam perkara jika kita tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkannya. Kita tidak akan mempunyai keinginan untuk mendapatkan enam perkara jika kita tidak tahu nilai-nilainya. Apabila manusia itu mengetahui dan meyakini bahawa perkara itu berfaedah atau bernilai kepadanya maka dia akan berusaha mendapatkannya. Usaha akan datang apabila ada keinginan untuk mendapatkannya. Semua kita tahu betapa pentingnya duit di dalam menyempurnakan segala keperluan kita. Hampir kesemua keperluan kita seperti rumah, kenderaan, makanan, pakaian hanya akan didapati apabila kita mempunyai duit. Allah SWT yang menyempurnakan semua keperluan kita tetapi Allah SWT telah menggunakan duit sebagai "asbab". Kita lihat di sekeliling kita, semuanya memerlukan duit. Apabila kita meletak kenderaan, membuang sampah atau mencuci pakaian, semuanya memerlukan duit. Kita tahu bahawa duit itu penting. Kita tidak boleh membayangkan apa yang akan terjadi kepada kita dan ahli keluarga jika kita tidak ada duit. Kita risau dan bimbang memikirkannya. Oleh kerana kita faham dan yakin betapa berharga dan bernilainya duit di dalam kehidupan, maka kita bersedia untuk melapangkan masa bekerja keras walaupun sehingga larut malam untuk mendapatkan duit. Apabila kita berusaha, untuk mendapatkan duit maka Allah SWT memberi kita duit.

Keinginan kepada sesuatu perkara menyebabkan kita bersedia bersusah-payah untuk mendapatkannya. Semua kerja yang kita lakukan memerlukan kita melapangkan masa serta berkorban diri dan harta. Kita bersedia untuk bersusah-payah berkorban diri dan harta pada awalnya kerana kita mempunyai harapan bahawa setelah kita bersusah-payah kita akan mendapat pulangan yang jauh lebih banyak dari pengorbanan harta dan diri yang telah kita lakukan. Pada setiap hari kita menaiki bas, motosikal atau kereta, bersesak di jalanraya untuk pergi ke tempat kerja. Ini bukanlah satu pekerjaan yang senang atau menyeronokkan. Tiada siapa yang suka untuk melakukannya. Semua kita hanya bersedia untuk melakukannya kerana kita terpaksa. Kita bersetuju bahawa bekerja itu penting dan pekerjaan kita adalah "asbab" untuk kita mendapatkan duit dan dengan duit itu Allah SWT mengizinkan kita untuk mendapatkan keperluan kita ditunaikan. Jika sekiranya dengan bekerja kita tidak mendapat duit, maka kita tidak akan bersedia untuk bersusah-payah pergi bekerja. Keinginan kepada duit telah membuatkan kita bersedia untuk bekerja. Untuk tahu tentang faedah duit dan harta-benda, kita tidak perlu diajar atau diberitahu. Kita telah tahu tentang faedah duit sejak kita kecil lagi. Kita lihat faedah yang datang dari duit pada setiap waktu.

Adakah kita tahu tentang faedah iman dan agama? Iman nilainya adalah syurga. Iman sebesar zarah harganya syurga sepuluh kali luas dunia. Adakah kita dapat melihat faedah iman? Kita tidak dapat melihatnya. Kita hanya diberitahu bahawa iman itu nilainya syurga. Kita tidak pernah melihat syurga. Kita hanya diberitahu oleh Allah SWT dan rasulNya. Oleh kerana kita tidak pernah melihat faedah iman, maka untuk mendapatkan keinginan terhadap iman adalah sangat sukar dan payah. Apakah caranya supaya cinta dan haus kepada iman? Apakah caranya supaya kita mempunyai keghairahan untuk mendapatkan agama? Hanya satu cara sahaja yang boleh kita buat untuk menimbulkan keinginan kepada iman dan agama. Kita hendaklah banyak bercakap dan mendengar faedah iman dan agama. Oleh kerana kita hidup di zaman ini maka adalah lebih sukar untuk merasai faedah iman dan agama berbanding para sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah mendengar, berita mengenai syurga terus dari Nabi s.a.w. yang telah melihat sendiri akan syurga dan neraka. Sahabat-sahabat dapat melihat Rasul s.a.w. Mereka dapat melihat Malaikat Jibrail dan wahyu turun kepada Rasulullah s.a.w.

Kini kita hidup di zaman hampir seribu lima ratus 1500 tahun setelah Baginda Nabi s.a.w. meninggal dunia. Oleh yang demikian, Allah, SWT akan menghargai iman yang kita dapat di zaman ini lebih daripada iman yang didapati oleh sahabat-sahabat di zaman Rasul s.a.w. Apa usaha yang kita buat di zaman ini untuk memperkuatkan iman walaupun sedikit akan dihargai oleh Allah SWT dan Allah SWT boleh melipat gandakan kesannya kepada kita dan kepada seluruh manusia.

(1) Laa Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah

Apakah maksud kalimah iman "Laa Ilaha Illallah "?

[Bermaksud Tiada Tuhan Melainkan Allah serta bermaksud mengeluarkan 100% kebesaran makhluk dan memasukkan kebesaran Allah di dalam hati kita.] Maksudnya juga "Tiada yang berkuasa membuat sesuatu tanpa izin Allah SWT dan Allah SWT boleh membuat apa sahaja tanpa izin makhluk." Iman tidak ada hadnya (batasnya) sepertimana tidak ada hadnya kebesaran dan keagungan Allah SWT. Untuk memperkuatkan iman kita perlu membuat tiga (3) perkara: (i) Banyak bercakap tentang Laa ilaha Illallah; (ii) Bila orang bercakap kepada kita tentang Laa ilaha Illallah, maka hendaklah kita mendengar dengan tumpuan serta membenarkannya. (iii) Kita hendaklah berdoa memohon iman seperti seorang fakir memohon. Apabila iman kita menjadi kuat, maka dengan izin Allah SWT kita akan dapat mentaati seluruh perintah Allah SWT dengan cara Nabi Muhammad s.a.w.

Nilai Iman;- Iman sebesar zarah harganya di sisi Allah SWT ialah syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Harta sebanyak dunia tetapi mati tanpa iman tidak akan dapat walaupun baunya syurga. Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda lebih kurang: Allah SWT akan memerintahkan pada Hari Pengadilan "Keluarkan dari neraka jahannam, semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah atau mengingati Aku dengan berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa". Iman itu nilainya adalah syurga. Iman yang paling kecil, iaitu sebesar zarah dihargai oleh Allah SWT dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk syurga, "Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu hidup dahulu? Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermain-mainkan mereka dan mereka berkata, "Oh,! Ya, Allah! Kamu adalah Rab (Tuhan) dan kami adalah hambaMu. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami". Allah SWT akan berkata bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan sepuluh 10 kali ganda luasnya.

Kelebihan:- Siapa yang akhir Kalamnya (meninggal dunia) dapat menyebut Kalimah Lailahailallah nescaya Allah akan memberi syurga 10 kali ganda besar dunia.
Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari cerita hadis kisah para sahabat s.a.w. ketika Khalid Alwalid menjadi tawanan Saidina Umar sebelum beliau masuk Islam; Nafikan dalam hati kebesaran dan keagungan makhluk tetapi isbatkan Keagungan Allah; Doa supaya Allah mengurniakan kalimah tersebut kepada kita.


Apakah maksud kalimah "Muhammadarasulullah"?

[Bermaksud Muhammad itu pesuruh Allah serta yakin cara sunnah nabi membawa kejayaan di dunia dan akhirat tidak cara lain.] Kalimah Muhammadar- Rasulullah juga adalah kalimah amal. Ianya tidak boleh dipisahkan dari kalimah iman. Seluruh sunnah Nabi Muhammad s.a.w. adalah amalan keseluruhan agama. Kekurangan di dalam mengamalkan sunnah menandakan kekurangan di dalam mengamalkan agama. Kekurangan di dalam mengamalkan agama menandakan kekurangan iman.

Kelebihan:-Barangsiapa yang menghidupkan sunnah nabi s.a.w di zaman kerosakkan fasyak dan mungkar ummat, Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. cerita dua 2 orang sahabat berjalan di suatu lorong; Amal semudah-mudah sunnah hingga sesukar-sukar sunnah Rasulullah s.a.w.; Doa supaya dicampakkan hakikat kalimah ini.


(2) Apakah maksud Solat khusyuk ,khuduk & tawaduk?

[Bermaksud bagaimana hendak membawa ketaatan mengingati Allah dalam solat hingga ke luar solat.] Solat adalah perintah Allah SWT yang paling unggul yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. tanpa perantaraan malaikat Jibril a.s. Solat yang terbaik adalah solat Nabi Muhammad s.a.w dan juga solat sahabat-sahabat baginda yang telah belajar terus dari baginda sa.w.

Untuk mendapatkan solat yang baik, kita perlu membuat tiga 3 perkara:

(i) Apabila kita melihat orang yang tidak bersolat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha untuk menyediakan dia kepada solat.
(ii) Apabila kita berdiri di dalam solat, kita hendaklah membawa di dalam solat kita lima 5 perkara:
(a) Yakin yang betul (sahih). (Berdiri di dalam solat dengan yakin bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah SWT).
(b) Bersolat dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. (Membetulkan bacaan di dalam solat, dan bacaan al-Quran di dalam solat serta mengetahui perkara masa'il di dalam solat. Jika kita tidak tahu tentang perkara masa'il di dalam solat, hendaklah bertanya dengan alim-ulama'.
(c) Berdiri di dalam solat, seumpama menghadap Allah SWT atau seumpama Allah SWT melihat kita (Ehsan).
(d) Membayangkan faedah serta ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT di atas amalan di dalam solat.
(e) Melakukan solat semata-mata dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT. (iii)

Apabila selesai mengerjakan solat, maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah SWT telah memberi taufik kepada kita untuk bersolat serta beristighfar di atas kecacatan di dalam solat. Solat yang baik akan dapat menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah SWT dan dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

Nilai Solat;- Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Allah SWT mengurniakan lima 5 perkara kepada mereka yang menjaga solatnya:
Kelebihan 5 jaminan orang yang menjaga solat:- Berkat rezeki; Diangkat azab kubur; Diberi buku catitan amal di Padang Mahsyar dengan tangan kanan; Melalui titian sirat sepantas kilat; Masuk syurga tanpa hisab; kelepasan jaga solat;-jauh dari sifat nifaq (munafik) dan neraka.
Cari; Cerita dari Hadis Rasulullah s.a.w mengenai Saidina Ali r.a. ketika kelaparan.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah kelebihan, maksud, dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. iaitu cerita mengenai Saidina Ali ketika kelaparan; Solat di mana azan diazankan (masjid); Doa supaya selalu dikurniakan hakikat.


(3) Apakah maksud Ilmu dan Zikir?

Ilmu -Ilmu bermaksud apakah adanya perasaan haus dan keinginan untuk mencari perkara yang diredhai (disukai) oleh Allah untuk kita melakukannya hari ini dan bagaimana mengikut cara Nabi Muhammad saw.
Untuk mengetahui apakah perintah yang paling Allah SWT sukai pada bila-bila masa, kita perlu kepada ilmu fadhail ( hadis-hadis dan kelebihan-kelebihan amalan soleh dan amalan sunnah). Untuk mendapatkan ilmu fadhail, kita perlu duduk di dalam halkah ta'alim fadhail di masjid dan di rumah. Untuk mengetahui apakah cara untuk melakukan sesuatu amalan mengikut cara Nabi Muhammad SAW, kita memerlukan ilmu masa'il (ilmu feqah, ilmu syariat, ilmu muamalat, ilmu hudud dan lain-lain lagi). Untuk mendapatkan ilmu masa'il kita perlu pergi berjumpa dengan alim-ulama.

Nilai Ilmu - Dilaporkan di dalam hadith, lebih kurang maksudnya bahawa, "Allah akan memudahkan jalan ke syurga kepada seseorang yang berjalan di dalam jangka beberapa jarak untuk mencari ilmu pengetahuan. Para malaikat pula akan menghamparkan sayap-sayap mereka di bawah kakinya dan kesemua makhluk-makhluk yang berada di langit dan di bumi (sekalipun ikan-ikan di laut) akan mendoakan agar dia mendapat keampunan. Kelebihan seseorang yang berpengetahuan dari seorang yang hanya beribadat adalah diibaratkan seperti kelebihan bulan dari bintang-bintang.

Zikir - Maksudnya, sentiasa merasai bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan memerhati kita dan dalam apa sahaja yang kita lihat, kita teringat akan Allah SWT. Untuk mendapatkan hakikat zikir kita perlu membuat tiga perkara:
(i) Kita hendaklah melakukan zikir sebanyak tiga ratus (300) selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar pada setiap hari;
(A1)Seratus (100) kali istighfar dengan membayangkan dosa-dosa yang telah lalu.
(A2)Seratus (100) Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdullillah (Segala puji bagi Allah), Laailahaillallah (tiada yang aku cinta melainkan Allah) dan Allahu Akbar (Allah Maha Besar), (A3)Seratus (100) selawat kepada Rasulullah s.a.w dengan membayangkan bahawa tidak ada manusia yang telah berbuat baik kepada kita lebih dari Nabi Muhammad s.a.w.
(ii) Membaca al-Quran pada setiap hari, sebaik-baiknya satu juz dengan faham maknanya. Jika tidak boleh membaca al-Quran satu juz pada satu hari, maka kita hendaklah membacanya seberapa banyak yang mampu pada setiap hari. Jika pada hari itu kita tidak dapat membaca al-Quran, maka kita hendaklah mengadu kepada Allah SWT dengan berkata "Oh! Ya Allah,! apakah dosaku sehinggakan daku tidak diberi taufik untuk membaca al-Quran?".
(iii) Kita hendaklah mengamalkan doa-doa masnun di dalam amalan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.

Nilai Zikir - Abu Musaa r.h. memberitahukan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya lebih kurang: "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati.";- Riwayat Bukhari, Muslim dan al-Baihaqi.
Kesimpulan Maksud Ilmu; Maksud ilmu ialah mengetahui perintah Allah yang dikehendakiNya pada ketika itu.

Kelebihan Ilmu;- Allah mudahkan jalan ke syurga; malaikat menghamparkan sayap di bawah tapak kaki orang yang menuntut ilmu.
Cara hendak mendapatkannya; Dakwah maksud, doa hakikat kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. yang datang dari Damsyiq yang sanggup meredah padang pasir untuk ke Madinah semata-mata sepotong hadis.
Kesimpulan Maksud Zikir;- Cahaya atau Nur.

Kelebihan Zikir;- Masuk ke syurga dalam keadaan tersenyum-senyum.
Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. iaitu Khalid Al-Walid yang meminta 6 orang lawan 60,000 orang kafir; Amal zikir tiga ratus 300 pagi dan 300 petang, amal doa Masnun, solat Nafil; Doa dikurniakan hakikat tersebut.


(5) Apakah maksud Ikram Muslimin?

[Bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka] Apabila Allah SWT memuliakan seorang Islam yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia, maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya. Setiap orang Islam adalah berharga. Orang Islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah. Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun imannya hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan dapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang, maka mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang Islam.

Nilai Ikram Muslimin - Diberitahu di dalam sebuah hadith lebih kurang maksudnya "Sesiapa yang dapat menyempurnakan keperluan saudara muslimnya maka itu adalah lebih baik baginya daripada mengerjakan iktikaf sepuluh 10 tahun. Sesiapa yang melakukan iktikaf untuk sehari kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjauhkan dia dari api Neraka sejauh tiga 3 parit dan satu parit jaraknya adalah di antara langit dan bumi;- Riwayat At-Tabrani. Maksud hadith, dari Abdullah bin Amr r.a. sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Siapakah yang lebih baik keislamannya?". Rasulullah s.a.w. menjawab "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada setiap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.";- Riwayat Muslim dan Bukhari. Maksud hadith, dari Abu Hurairah r.a. Dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.";- Riwayat Muslim.

Kesimpulan maksud;- Tunaikan hak saudara seIslam kita tanpa menuntut hak darinya.

Kelebihan;- Diberi tujuh puluh tiga 73 ganjaran di dunia dan tujuh puluh dua 72 di Akhirat.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis Kisah 3 orang sahabat ketika hampir syahid; Sayangi kanak-kanak, kasih hormat Ulamak dan orang tua; Doa supaya dikurniakan hakikat tersebut.


(6) Apakah maksud Ikhlas Niat?

[Bermaksud melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan (yang disukai) Allah SWT dengan menunaikan perintah atau meninggalkan laranganNya. Walaupun Allah SWT menjanjikan bagi setiap amalan pahala, syurga, keampunan atau bantuanNya, namun kita tidak beramal untuk mendapatkan perkara itu. Kita hendaklah yakin dengan janji-janji Allah SWT serta membayangkannya ketika beramal tetapi niat kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kita hendaklah membayangkan janji-janji Allah SWT ketika beramal agar amal itu dapat dilaksanakan dengan penuh keghairahan dan kesungguhan. Amalan yang dibuat dengan penuh keghairahan adalah lebih baik mutunya daripada amal yang dibuat tanpa keghairahan.

Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman, maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman, kita perlu membuat kerja Nabi s.a.w. dengan cara Nabi s.a.w.
Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas, maka kita hendaklah memeriksa niat kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.]

Nilai ikhlas;- maksud Hadith, dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya"-An-Nasai.]
Kesimpulan maksud;- Tunaikan perintah dan tinggalkan larangan Allah keranaNya.
Kesimpulan Kelebihan;- Dikurniakan ganjaran sebesar Bukit Uhud.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah kelebihan, maksud dan cari cerita hadis s.a.w. kisah Saidina Ali r.a. ketika berlawan dengan orang Yahudi; Periksa amalan dari awal, pertengahan sehingga ke akhir waktu; Doa supaya dikurniakan hakikatnya.


(7) Apakah maksud Diri dan Harta Orang Mukmin Telah Dibeli Allah SWT Dengan Syurga?

[Bermaksud keyakinan bahawa harta, nyawa, masa bukan milik kita tapi milik Allah, dan Allah telah membeli jiwa orang yang berjalan di jalan Allah dengan syurgaNya. Untuk berjalan di jalan Allah kita perlu berfikir bagaimana hendak menyampaikan dakwah (tabligh) kepada diri keluarga dan umat seluruh alam sehingga bayi yang lahir pada Hari Kiamat dapat selamat dari Neraka dan masuk Syurga Allah].

Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah SWT berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga."; At-Taubah ayat 111. Allah SWT telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka syurga. Allah SWT ingin agar diri dan harta kita digunakan untuk membuat kerja Nabi s.a.w., ibadat, akhlak, membantu mereka yang miskin juga dalam kesusahan dan untuk keperluan diri sendiri. Diri dan harta hendaklah digunakan paling utama untuk memenuhi keperluan agama.

Kita hendaklah melihat di seluruh dunia, di mana orang Islam berada di pinggir kekafiran dan kemurtadan. Di mana dunia umat Islam dilanda mala petaka, menunjukkan di situ banyak perintah-perintah Allah SWT yang telah ditinggalkan. Kita hendaklah bersedia melapangkan masa, dan berkorban diri dan harta untuk menziarahi umat Islam di sana dan mengajak mereka kepada usaha memperbetulkan iman dan amal. Apabila iman dan amal umat Islam di sana menjadi baik, maka kemurkaan Allah SWT akan terangkat dan Allah SWT akan menurunkan rahmat dan bantuannya.

Untuk maksud memenuhkan keperluan agama di negara kita dan di seluruh dunia, maka kita hendaklah melapangkan masa pada setiap tahun selama empat 4 bulan atau empat puluh 40 hari. Baki waktu di dalam setahun, kita hendaklah melapangkan masa untuk memenuhi keperluan agama di tempat kita dengan melakukan lima 5 amalan;-
Cara;- Sampaikan maksud, kelebihan dan bercerita mengenai hadis yang berkaitan,
Buat 5 amal masjid;
(1) setiap bulan kita melapangkan masa tiga 3 hari untuk mengajak orang Islam kepada usaha membetulkan iman dan amal
(2) membuat dua usaha ziarah seminggu untuk menjemput orang Islam di kawasan kita kepada majlis yang menerangkan faedah dan keuntungan mengamalkan agama yang dibuat di masjid kita dan di masjid jiran
(3) membuat dua halkah Taalim Fadhail setiap hari yang dibuat di masjid selepas satu waktu solat dan satu lagi dibuat di rumah
(4) mengadakan mesyuarat, sekali setiap hari di masjid yang bermaksud memikirkan keperluan agama di kawasan kita, di bandar dan di seluruh dunia
(5) melapangkan masa pada setiap hari selama 8 jam atau paling kurang 2 1/2 jam memakmurkan masjid dan memperbetulkan iman serta mengutamakan usaha meningkatkan iman dengan menziarahi jiran ketua keluarga orang Islam dari rumah ke rumah dan berpesan kepada mereka akan hakikat kalimah iman Laailahaillallah.
Baki waktu kita, bolehlah digunakan untuk mengadakan halkah taalim, bersolat, membaca Al-Quran, berzikir atau bermesyuarat.
Kelebihan;- sepagi-sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisi-isinya.
Nilai Berkorban Di Jalan Allah SWT;-
(1) maksud Hadith, dari Abu Hurairah r.a., Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah SWT menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan berjihad di jalanNya serta membenarkan kalimahNya, bahawa Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga ataupun ia akan dikembalikan oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang diperolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan."-Bukhari, Muslim
(2) maksud hadith, dari Ibayah bin rifa'al r.h bahawa Abu Abs telah menghampiri aku ketika aku sedang berjalan untuk solat Jumaat lalu berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yang kedua kakinya terkena debu ketika berada di jalan Allah, maka Allah mengharamkan kedua kakinya bersentuh api neraka."-Al-Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai.
Kesimpulan maksud;- Hendaklah yakin bahawa harta, masa, nyawa bukan milik kita tetapi milik Allah; Berfikir cara bagaimana diri keluarga dan umat seluruh alam hingga bayi yang lahir pada Hari Kiamat dapat selamat dari Neraka dan masuk syurga Allah.

Kesimpulan Kelebihan;- Berjalan sepagi-sepetang di Jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisi-isinya.
Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan, dan cari cerita hadis s.a.w kisah sahabat yang bernama Hanzalah r.a.tidak bersama dengan isterinya di malam pertama, syahid di Medan Uhud;
Buat 5 amal masjid; Doa supaya dikurniakan hakikat Dakwah dan Tabligh.

Sunday, September 26, 2010

Wajib di baca oleh wanita yang bergelar islam



















Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini) Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu" Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu. Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid : 1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. "Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) HURAIAN MASALAH : 1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor - Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor. 3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. -Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya. Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!


TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

note ini dari ( AMIRUL AMIN )